ForwardChat logoForwardChat

Kos WhatsApp Automation Malaysia 2026: Berapa Sebenarnya?

Breakdown lengkap kos WhatsApp automation untuk bisnes Malaysia. Compare ForwardChat, WATI, Respond.io dan lain-lain. Termasuk Meta charges.

Kalau anda pernah Google "WhatsApp automation pricing Malaysia," anda mesti pening. Setiap platform quote harga lain-lain, ada yang show monthly fee je tapi tak cerita pasal Meta charges, ada yang murah upfront tapi hidden cost bersepah.

Sebab tu kami tulis artikel ni, nak bagi anda full transparency supaya anda boleh buat keputusan yang informed. Tak kisah anda akhirnya pilih ForwardChat ke, pilih competitor ke, at least anda tahu apa yang anda bayar dan kenapa.

Jom breakdown satu per satu.

Part 1: Meta Message Charges: Kos yang Semua Orang Kena Bayar

Ini part yang ramai tak tahu. Tak kisah anda guna platform mana pun, ForwardChat, WATI, Respond.io, atau mana-mana provider lain, anda tetap kena bayar Meta message charges. Ini bukan charge dari provider, ini charge dari Meta (company yang own WhatsApp) sendiri.

Meta categorikan setiap mesej yang bisnes initiate kepada beberapa jenis, dan caj setiap mesej yang delivered:

Marketing Messages (RM0.3467 per mesej delivered)

Ini untuk messages yang anda initiate kepada customer, promotions, announcements, offers, abandoned cart reminders. Contoh: anda blast "Raya Sale 50% off!" kepada customer list anda. Meta sekarang caj setiap mesej marketing yang delivered (bukan ikut 24-jam window), jadi setiap mesej blast = satu charge RM0.3467.

Kos: RM0.3467 semesej untuk Malaysia (rate card MYR rasmi Meta, berkuat kuasa 1 April 2026).

Utility Messages (RM0.0564 per mesej)

Ini untuk transactional messages, order confirmations, shipping updates, appointment reminders, OTP codes. Customer expect messages macam ni, so Meta charge lebih murah.

Kos: RM0.0564 per mesej. Dulu ia percuma kalau dihantar dalam 24-jam customer service window yang masih terbuka, tetapi pengecualian itu tamat pada 30 September 2026.

Service Replies (1,000 Percuma Sebulan)

Service replies bermaksud customer yang message anda dulu, tanya soalan, nak beli barang, complain pasal order, dan anda reply dalam 24 jam.

Sejak 1 Oktober 2026, setiap nombor WhatsApp dapat 1,000 service message percuma sebulan, dan hanya reply melebihi jumlah itu dicaj pada kadar utility, dijangka sekitar RM0.0564 semesej di Malaysia. Tiada diskaun volume untuk service messages. Perubahan ini terpakai pada semua platform WhatsApp Business, bukan ForwardChat sahaja.

Untuk kedai runcit yang terima 20-30 WhatsApp sehari (600 hingga 900 sebulan), semua reply masih dalam 1,000 percuma, jadi caj service Meta RM0. Bila volume melebihi 1,000 sebulan, jumlah mesej untuk selesaikan satu pertanyaan jadi penting: AI yang jawab dalam 3 mesej lebih murah daripada yang ambil 7 mesej.

Authentication Messages (RM0.0564 per mesej; Authentication-International RM0.1685)

Untuk OTP dan verification purposes. Kebanyakan SME tak perlu risau sangat pasal ni unless anda run e-commerce platform yang hantar OTP.

Takeaway: Meta charges ni fixed, tak boleh avoid. Tapi the real question is: adakah platform provider anda markup charges ni? Nanti kita discuss.

Part 2: SaaS Platform Comparison: Siapa Charge Berapa?

OK, sekarang kita masuk bahagian yang anda really nak tahu. Ini comparison honest antara major WhatsApp automation platforms yang available untuk bisnes Malaysia.

PlatformStarter PlanMid-Tier PlanTop PlanFree Trial
ForwardChatRM299/bulan (6,000 AI replies)RM499/bulan (12,000 AI replies)RM999/bulan (24,000 AI replies)7 hari
WATI~RM350+/bulan~RM650+/bulan~RM1,500+/bulan7 hari
Respond.io~RM400+/bulan~RM800+/bulanCustom pricing7 hari
Wabot~RM199+/bulan~RM499+/bulan~RM999+/bulanVaries
AiSensy~RM250+/bulan~RM600+/bulan~RM1,200+/bulan14 hari

Nota penting: Harga di atas adalah approximate dan boleh berubah. Sesetengah platform quote dalam USD, so kita convert ke RM untuk fair comparison. Jangan lupa check latest pricing dekat website masing-masing.

Nampak macam "eh, ada yang lebih murah dari ForwardChat" kan? Hold on, sebab harga subscription je tak cerita full story. Kita perlu tengok hidden costs.

Part 3: Hidden Costs yang Ramai Tak Perasan

Ini bahagian yang buat ramai business owner terkejut bila dapat bill pertama. Subscription fee tu baru permukaan je.

1. Setup Fee (RM500 - RM2,000)

Sesetengah provider charge one-time setup fee, untuk onboarding, API configuration, chatbot training. Ada yang terus terang letak dekat pricing page, ada yang baru bagitahu lepas anda sign up.

Range biasa: RM500 sampai RM2,000 bergantung pada complexity. Kalau anda nak custom integrations (CRM, POS system), boleh lagi tinggi.

ForwardChat: AI setup, team kami yang configure everything untuk anda, percuma untuk bayaran suku tahunan, tahunan atau pelan Pro (RM1,000 sekali sahaja untuk Starter atau Growth bayaran bulanan). Plan Starter pun dapat full setup service.

2. Per-Message Markup (20% - 50%)

Ini yang paling sneaky. Ingat Meta conversation charges yang kita discuss tadi? Sesetengah platform markup charges tu sebelum pass kepada anda.

Contoh: Meta charge RM0.3467 untuk satu mesej marketing. Platform A add 30% markup, so anda bayar sekitar RM0.45 per mesej. Nampak macam sikit je beza, tapi kalau anda blast 1,000 mesej sebulan, tu extra RM100+ yang anda tak perlu bayar.

Sejak Meta pindah ke per-message pricing, setiap mesej marketing yang delivered memang kena caj. Yang perlu anda check: ada platform yang tambah caj per-message mereka sendiri on top of rate Meta. Ini boleh jadi sangat mahal sangat cepat.

ForwardChat: Zero markup on Meta charges. Anda bayar exactly apa yang Meta charge, tidak lebih, tidak kurang. Kami pass through at cost.

3. Annual Lock-in / Commitment Period

"Monthly plan dari RM199 je!", tapi bila anda nak sign up, rupanya itu harga kalau anda commit annual billing. Monthly sebenarnya RM299. Dan kalau anda nak cancel halfway, kena bayar penalty.

Sesetengah platform require minimum 6-month atau 12-month commitment. Kalau bisnes anda seasonal atau anda masih testing waters, ini risky commitment.

ForwardChat: Month-to-month, cancel anytime. Takde lock-in, takde penalty. Anda bayar bulan ni, kalau next month tak nak, just cancel. Simple macam tu. Bayaran bulanan ada RM1,000 sekali sahaja untuk AI setup, dan kalau anda pilih suku tahunan atau tahunan, setup percuma dan harga lebih murah.

4. Extra User Charges

Platform anda kata "3 users included", tapi kedai anda ada 5 staff yang handle WhatsApp. So anda kena bayar extra per user per bulan. RM30-80 per additional user, depends on platform.

ForwardChat: Starter (3 users), Growth (10 users), Pro (unlimited). Dan user limits ni generous enough untuk kebanyakan SME.

5. Feature Gating

Certain features yang anda assume included, macam analytics dashboard, broadcast messaging, atau AI chatbot, sebenarnya only available pada higher-tier plans. So anda sign up plan murah, tapi nak guna feature X kena upgrade. Effective cost naik.

Part 4: Total Cost of Ownership: Real Scenario

Jom buat kiraan untuk scenario yang typical. Katakan anda ada kedai runcit di Puchong yang jual produk household. Anda terima dalam 25 WhatsApp messages sehari (750/bulan), dan anda nak blast promotion seminggu sekali kepada 500 customers.

Scenario: Kedai Runcit, Bulan Pertama

ForwardChat dikira pada bil suku tahunan: Starter RM269 sebulan (RM807 setiap 3 bulan), dan setup percuma.

Kos ItemForwardChat (Starter, suku tahunan)Provider X (Starter)
Setup feeRM0 (AI setup, suku tahunan)RM800
Monthly subscriptionRM269RM250
Meta charges, Service (750 inbound chats, dalam 1,000 percuma sebulan)RM0RM0
Meta charges, Marketing (2,000 mesej dari 4x blast)~RM693~RM693
Per-message markup (0% vs 30%)RM0~RM208
Total Bulan PertamaRM962RM1,951

Sejak 1 Oktober 2026, Meta caj service message hanya bila melebihi 1,000 sebulan bagi setiap nombor WhatsApp. 750 reply masih dalam jumlah percuma, jadi caj service Meta kekal RM0 untuk kedua-dua provider. Bila reply anda melebihi 1,000 sebulan, provider yang letak markup 30% akan caj markup atas reply juga, bukan broadcast sahaja. Jurang kos melebar bila volume reply anda naik.

Kos ItemForwardChat (Starter, suku tahunan)Provider X (Starter)
Monthly subscriptionRM269RM250
Meta charges, ServiceRM0RM0
Meta charges, Marketing~RM693~RM693
Per-message markupRM0~RM208
Total Bulan SeterusnyaRM962RM1,151

Dalam setahun:

  • ForwardChat: RM962 x 12 = RM11,544
  • Provider X: RM1,951 + (RM1,151 x 11) = RM14,612

Anda jimat RM3,068 setahun, just sebab takde setup fee (bil suku tahunan), takde markup, takde hidden charges. Dan tu belum kira kalau Provider X require annual lock-in yang anda tak boleh cancel.

Dan ingat, dengan ForwardChat, anda juga dapat:

  • AI chatbot yang di-train specifically untuk bisnes anda
  • Image recognition (customer send gambar, AI identify produk)
  • AI setup penuh, kami buat semua untuk anda
  • 7-day free trial sebelum commit

Part 5: Macam Mana Nak Pilih Platform yang Betul

Budget penting, tapi bukan satu-satunya factor. Ini checklist yang anda boleh guna:

1. Transparency

  • Adakah pricing jelas? Boleh ke anda calculate total cost sendiri sebelum sign up?
  • Ada tak hidden fees yang baru muncul lepas anda commit?

2. Meta Charge Handling

  • Provider markup Meta charges ke, atau pass through at cost?
  • Charge per-conversation atau per-message?

3. Flexibility

  • Monthly billing available ke, atau kena annual commitment?
  • Boleh cancel anytime ke?

4. Setup & Support

  • Siapa handle setup? Anda sendiri ke, atau provider tolong?
  • Support available dalam timezone Malaysia ke? Boleh WhatsApp atau kena email je?

5. Local Relevance

  • Platform tu faham context Malaysia ke? BM, Manglish, RM currency?
  • Ada Malaysian team yang faham cara bisnes local operate?

ForwardChat tick semua boxes di atas sebab kami memang dibina specifically untuk bisnes Malaysia. Kami faham yang customer anda mix BM dengan English, kami tahu yang "kedai tutup pukul 6 tapi customer WhatsApp pukul 10 malam," dan kami build solution around reality tu.

Nak tengok full pricing breakdown untuk setiap plan? Semua transparent, takde hidden fees.

See our pricing

Growth is RM499 a month, flat. No hidden fees, and monthly plans have no lock-in.

View pricing

Jadi, Berapa Sebenarnya Kos WhatsApp Automation?

Jawapan honest: it depends, tapi sekarang anda dah ada framework untuk calculate.

Formula simple:

Total Kos = Subscription + Meta Charges + Setup Fee + Markup + Extra User Fees

Untuk kebanyakan SME Malaysia yang guna ForwardChat, total monthly cost adalah:

  • Bisnes kecil (< 1,000 conversations/bulan): RM299 + minimal Meta charges = dalam RM350-500/bulan
  • Bisnes sederhana (1,000-3,000 conversations/bulan): RM499 + Meta charges = dalam RM600-1,100/bulan
  • Bisnes besar (3,000+ conversations/bulan): Dari RM999 + Meta charges = custom based on volume

Compare tu dengan kos hire seorang customer service staff (RM2,500+/bulan) yang hanya boleh kerja 8 jam dan handle satu conversation at a time, the math speaks for itself.

WhatsApp automation bukan expense. Ia investment yang bayar balik sendiri dalam bulan pertama.

Nak start? 7-day free trial, setup percuma untuk bayaran suku tahunan, tahunan atau pelan Pro (RM1,000 sekali sahaja untuk Starter atau Growth bayaran bulanan). Tengok pricing plans kami dan pilih yang sesuai untuk bisnes anda.


Bacaan Lanjut

Share

Js Yau

Founder of Forward Genix, the Malaysian company behind ForwardChat. Helps Malaysian businesses automate their WhatsApp customer service with AI. Based in Puchong, Selangor.

Get in touch

Frequently asked questions

Berapa kos WhatsApp automation di Malaysia?

Untuk kebanyakan SME Malaysia yang guna ForwardChat, bisnes kecil (bawah 1,000 conversations sebulan) spend dalam RM350 hingga RM500 sebulan termasuk Meta charges. Bisnes sederhana dalam RM600 hingga RM1,100 sebulan, dan bisnes besar dari RM999 plus Meta charges.

Apa itu Meta conversation charges?

Ini charge dari Meta sendiri yang semua platform kena bayar, bukan dari provider. Meta caj per mesej yang delivered: marketing RM0.3467 semesej, utility RM0.0564, dan service replies (bila customer message anda dulu dan anda reply dalam 24 jam). Sejak 1 Oktober 2026, setiap nombor WhatsApp dapat 1,000 service message percuma sebulan, dan hanya reply melebihi jumlah itu dicaj pada kadar utility, dijangka sekitar RM0.0564 semesej di Malaysia. Meta masih belum terbitkan rate card Oktober, jadi kadar ini belum muktamad.

Apa hidden costs yang perlu saya check sebelum pilih platform?

Empat perkara utama: setup fee (RM500 hingga RM2,000 di sesetengah provider), markup 20% hingga 50% atas Meta charges, annual lock-in dengan penalty, dan extra user charges. ForwardChat zero markup, setup percuma untuk bayaran suku tahunan, tahunan atau pelan Pro (RM1,000 sekali sahaja untuk Starter atau Growth bayaran bulanan), dan monthly billing yang boleh cancel anytime.

Platform yang subscription paling murah tu paling jimat ke?

Belum tentu. Dalam scenario kedai runcit yang kami kira, provider dengan subscription RM250 sebenarnya cost RM1,951 pada bulan pertama selepas setup fee dan markup, berbanding RM962 dengan ForwardChat Starter bil suku tahunan (RM269 sebulan, tiada setup fee). Setahun bezanya RM3,068.

Kena bayar setup fee ke untuk WhatsApp automation?

Bergantung pada provider, ada yang charge RM500 hingga RM2,000 untuk onboarding dan chatbot training. Untuk ForwardChat, AI setup (team configure everything untuk anda) percuma untuk bayaran suku tahunan, tahunan atau pelan Pro (RM1,000 sekali sahaja untuk Starter atau Growth bayaran bulanan).

Ask it what your customers ask.

Message our live demo on WhatsApp. Try the hardest question you get every week, and see the answer in seconds.